Tunda tiga helikopter serentak seberat 15.6 tan.

Sergey Agadzhanyan, yang juga digelar “Russian Hulk” sekali lagi mencipta rekod dunia baharu apabila berjaya menunda dua helikopter Ansat dan sebuah helikopter Mi-8 sejauh 4.3 meter dalam masa 25.63 saat.

Lebih mengagumkan “Russian Hulk” berjaya mencipta rekod berkenaan tanpa bantuan peralatan khas.

Rekod dunia itu didaftarkan oleh Presiden Federation Power Extreme of Russia, Vasily Grishchenko.

Acara ini berlangsung di Kompleks Ujian Penerbangan Helikopter Kaza, di Rusia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini