Selaras dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sedang merangka satu lagi kaedah untuk meluaskan pasaran mereka menggunakan platform digital. Pengerusinya, SR Ishak Ismail berkata, pihaknya dalam proses melakukan transformasi dengan memberi penekanan kepada pemasaran digital melalui agrobazar online dan pasartani.com. Berbanding pasaran secara konvensional yang digunapakai ketika ini, beliau yakin, konsep baru itu lebih berkesan di mana ia bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan peserta malah barangan dapat dijual pada harga lebih murah berbanding pasar biasa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini