Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhaan (PKS) Malaysia, SAMENTA akan meneruskan galakan perniagaan secara digital bagi memacu ekonomi menjelang tahun hadapan.

Menurut Pengerusinya Datuk William Ng, PKS perlu diperkasakan dengan pendigitalan agar terus berdaya saing dan kelangsungan perniagaan khususnya ketika pandemik.

Ke arah usaha tersebut, SAMENTA menggunakan pendekatan perundingan dasar, akses pasaran, pemerkasaan perniagaan dan pengembangan kemampuan.

Beliau ditemui selepas majlis “SAMENTA Meraikan 35 Tahun sebagai Persatuan Tertua Malaysia untuk PKS” yang turut diraikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Seri Noh Omar.

Selain membantu PKS mendigitalisasi perniagaan, mereka turut menerima pakai automasi dan memahami piawaian baharu untuk persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini