Identiti kedua-dua mayat pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air di Gunung Suku, Simpang Pulai,sudah dikenalpasti. Mengesahkan perkara tersebut, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, penemuan anggota tubuh badan pada 16 Mei lalu adalah See Su Yen, 32 tahun.

Manakala mayat kedua milik Ng Yee Chew, 46 tahun. Jelas beliau, Proses bedah siasat dijalankan hari ini, bagi mengenal pasti punca kematian. Dalam kejadian 15 Mei lalu, kedua-dua mangsa yang berasal dari Cheras dan Klang itu dihanyutkan kepala air ketika sedang mendaki gunung Suku bersama 27 lagi rakannya.  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini