Mayat seorang kanak-kanak lelaki dan seorang wanita warga emas ditemukan selepas dihanyutkan kepala air yang mengalir ke dalam sebuah kawasan chalet  di Bentong, Pahang, Sabtu lalu.

Jurucakap bomba berkata mayat kanak-kanak lelaki itu ditemukan  pagi tadi, 800 meter daripada lokasi kejadian. 

Sementara mayat wanita warga emas, Yap Koon Lan, 66 tahun ditemukan kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.  

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan untuk mencari seorang lagi yang hilang. 

Terdahulu, tiga mangsa hilang itu ialah sepasang suami isteri yang juga pemilik chalet berkenaan dan seorang budak lelaki yang datang ke chalet itu bersama keluarganya. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini