Seorang penoreh getah kerugian RM74,800 selepas diperdaya teman yang dikenali melalui laman Facebook. Demikian kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Supritendan Elias Omar.

Suspek yang mengaku seorang doktor di Ireland meminta mangsa membuat bayaran bagi membolehkan hadiah yang dihantar kepada mangsa dilepaskan oleh sebuah syarikat penghantaran.

Mangsa kemudian melakukan sebanyak 25 transaksi ke akaun suspek bermula September hingga Oktober lalu. Mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila terus diminta membuat pembayaran, namun tidak menerima sebarang bungkusan yang dijanjikan. Kes disiasat mengikut Sekyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini