Gara-gara disindir dengan sepanduk berwarna kuning menyatakan “Peja jangan hisap gam”, Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu mengucapkan terima kasih atas nasihat yang diberikan.

Sepanduk berkenaan didapati berada di bahagian penonton semasa perlawanan bola antara Malaysia dan Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Menerusi entri di Twitternya, Ahmad Faizal memberi respons dengan kapsyen “Nasihat yang amat baik kepada saya dan kepada semua! Terima kasih! Semoga Allah berkati segala kebaikan kita.”

Ahmad Faizal mencetuskan kontroversi dengan menyalahkan sorakan ‘pemain ke-12’ skuad Harimau Malaya menjadi punca kekalahan Malaysia di tangan Bahrain pada aksi Kelayakan Piala Asia 2023, Sabtu lepas. Dia bagaimanapun memohon maaf setelah menerima kecaman pelbagai pihak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini