Tapak pameran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi tumpuan utama sewaktu program 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia, hari ini.

Ia susulan diskaun pembayaran saman sehingga 80 peratus yang ditawarkan.

Bagaimanapun tawaran pengurangan saman itu, tidak melibatkan kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama dilakukan, kesalahan kenderaan berat serta pengubahsuaian ekzos.

Orang ramai juga boleh menikmati tawaran diskaun itu sehingga 12 Disember ini.

Dalam memastikan pematuhan operasi standard (SOP) JPJ menyarankan orang ramai membuat rayuan pengurangan secara dalam talian dengan menggunakan sistem Mysikap.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini