Tempoh pengurangan kompaun saman JPJ dilanjutkan hingga 31 Disember ini. JPJ memaklumkan pelanjutan berikutan sambutan menggalakkan orang ramai terhadap tawaran diskaun 80 peratus sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Katanya, pengurangan pembayaran saman kompaun sah kepada semua Notis Saman JPJ yang boleh dikompaun kecuali bagi kes-kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah, termasuk yang berstatus waran tangkap dan perbicaraan.

Bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang telah disenarai hitam, mereka dikehendaki hadir ke kaunter JPJ, bagi tujuan proses dokumentasi semula, sebelum mendapat diskaun saman.  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini