Di Jitra, Kedah, pelajar IPT rugi RM1,400 selepas berurusan dengan suspek yang kononnya tuan rumah sewa. Mangsa bertemu suspek di sebuah laman sosial dan kemudiannya bertindak membayar deposit rumah kepada suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah Superitendan Elias Omar berkata pelajar berusia 19 tahun terbabit menyedari ditipu apabila suspek tidak menyerahkan kunci rumah pada hujung bulan lalu. Malah cubaan menghubungi suspek gagal.

Enam laporan polis telah dibuat oleh mangsa-mangsa yang terpedaya dengan penipuan sewa rumah di Kedah. Dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini