Bintang Serbia, Novak Djokovic mengesahkan gelarannya sebagai pemain nombor satu dunia buat kali ketujuh berturut-turut selepas mara ke final Masters Paris dengan menumpaskan Hubert Hurkacz dari Poland.

Lebih bermakna, kejayaan itu sekali gus memadam rekod enam kali gelaran dunia yang dipegang legenda Amerika Syarikat, Pete Sampras sebelum ini.

Bagi Djokovic, kejayaan memadam rekod bekas legenda itu adalah pencapaian terbesar dalam kariernya selain berjaya mengekalkan gelaran dimenangi musim lalu.

Pemain berusia 34 tahun itu bagaiamanapun menerima tentangan sengit daripada Hurkacz termasuk tewas set pertama 3-6. 

Namun dia berjaya bangkit dua set berikutnya untuk menang 6-0 dan 7-6. Djokovic dijadual menentang pemain Rusia, Danii Medvedev pada aksi malam ini. 

Medvedev sebelum itu menundukkan pemain Jerman, Alexander Zverev 6-2, 6-2 dalam satu lagi pertembungan separuh akhir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini