Bintang tenis nombor 1 dunia, Novak Djokovic kembali turun menjalani latihan sebagai persediaan beraksi di Terbuka Australia selepas berjaya memenangi kesnya di mahkamah semalam.

Bagaimanapun, usaha untuk menolak pengecualian vaksin COVID-19 oleh pasukan perubatan ke atasnya masih belum berakhir apabila kerajaan Australia dilaporkan akan menggunakan cara lain untuk mengusirnya.

Dalam satu hantaran di laman sosialnya, Djokovic menunjukkan gambar dia di Rod Laver Arena sambil meluahkan penghargaannya terhadap hakim yang melepaskannya daripada pusat tahanan imigresen.

Pemain berusia 35 tahun dari Serbia itu turut menjelaskan dia kini fokus dalam pemburuan rekod 21 gelaran Grand Slam pada kejohanan di Melbourne.

Sebelum ini, hakim Anthony Kelly menolak keputusan kerajaan Australia untuk membatalkan visa Djokovic minggu lalu dengan alasan ia sesuatu yang tidak munasabah serta mengarahkan pembebasannya.

Namun, kerajaan Australia dilaporkan masih mahu mengusir Djokovic dengan Menteri Imgresennya, Alex Hawke berkata dia akan menggunakan segala kuasa yang ada untuk membatalkan visa pemain tersebut.

Kes ke atas Djokovic telah mencetuskan satu fenomena baharu di Australia dengan beberapa pihak bersetuju dengan pembebasannya manakala beberapa pihak lagi mahu pemain itu diusir kerana enggan mengesahkan suntikan vaksinnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini