Perkembangan kes kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Muhammad Ashraf Hassan (Acap). Polis Perak mengesahkan serpihan tulang yang dijumpai pada 20 April lalu ketika Operasi Menyelamat berhampiran Jalan Sungai Itek Kampung Jahang bukan milik Acap. Ketua Polis Perak Datuk Razaruddin Husin berkata; hasil laporan Jabatan Kimia mendapati ujian deoksiribonukleik (DNA) tulang tersebut tidak sepadan dengan DNA ibu dan abang kandung mangsa. Malah, DNA tulang tersebut juga tidak terdapat dalam data Jabatan Kimia. Hasil analisa sampel tanah di lokasi penemuan juga menunjukkan warna tanah pada serpihan tulang dan warna tanah di lokasi penemuan adalah “tidak sama”. Ini mengesahkan bahawa serpihan tulang yang dijumpai tersebut adalah bukan berasal dari lokasi penemuan iaitu di Gua Kandu, Gopeng. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini