Perkhidmatan 5G secara borong tanpa kos ditawar Digital Nasional Bhd, DNB kepada semua pengendali rangkaian mudah alih, MNO seluruh negara.

Usaha dilakukan bagi memastikan kelancaran percubaan komersial 5G yang akan dilaksana 15 Disember ini hingga 31 Mac tahun hadapan.

Ketua Pegawai Komersial DNB, Ahmad Taufek Omar berkata, tawaran meliputi semua ujian lapangan 5G di Putrajaya, Cyberjaya dan sebahagian Kuala Lumpur.

Setakat ini, satu MNO telah mengesahkan minat dan mendaftar bagi mendapatkan tawaran berkenaan.

Ketika ini, rundingan dengan lima lagi MNO berjalan.

Terdahulu, Telekom Malaysia Bhd mengesahkan akan menjalankan percubaan 5G dengan DNB untuk mengoptimumkan perkhidmatan.

DNB dijangka melancarkan 10 peratus liputan 5G di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur menjelang akhir bulan ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini