Penduduk Pulau Pinang disaran memanfaat perkhidmatan rawatan kesihatan secara talian, menerusi perkhidmatan atas talian ‘DoctorOnCall’ yang sudah beroperasi di negeri itu. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata, DoctorOnCall.com.my merupakan sebuah platform yang menyediakan perkhidmatan konsultasi kesihatan bersama doktor – doktor yang berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia. Melaluinya, pesakit hanya memerlukan peranti yang mempunyai akses internet untuk berhubung terus dengan seorang doktor secara atas talian bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai masalah kesihatan yang dihadapi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini