Malaysia dan United Kingdom (UK) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam sector kesihatan bagi memudahkan lebih ramai doktor dan pekerja kesihatan Malaysia untuk bekerja serta meningkatkan kepakaran di negara itu.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perjanjian itu akan membuka ruang kepada doktor dan pekerja kesihatan Malaysia terutama mereka yang menamatkan latihan atau pengajian di UK untuk terus berkhidmat dengan Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) UK.

MoU berkenaan ditandatangani semasa pertemuan Khairy dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dengan Setiausaha Luar, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan UK, Elizabeth Truss.

Truss yang tiba di Malaysia semalam, sedang dalam rangka lawatan pertama ke rantau Asia Tenggara sejak dilantik sebagai Setiausaha Luar UK pada September lepas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini