Dua ahli Dewan Negara lantikan baharu mengangkat sumpah di hadapan yang Dipertua Dewan Negara , Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini. Lantikan baharu tersebut ialah Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Pengarah TalentCorp, Datuk Nelson Renganathan.

Datuk Dr Dominic Lau yang berusia 54 tahun, berkelulusan peringkat doktor falsafah (PhD) Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Manakala Datuk Nelson, 59 tahun, mempunyai Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Hull, United Kingdom dan pernah menjawat Pengerusi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF).

Datuk Dr Dominic dipilihsebagai ahli Dewan Negara oleh Yang Dipertuan Agong dan Datuk Nelson pula dicalonkan oleh parti MIC.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini