Syarat yang menetapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi jemaah lengkap dua dos vaksin COVID-19 dan dos penggalak dibenarkan hadir menunai solat Jumaat, hanya terpakai di masjid dan surau di Selangor.

Jelas Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff, SOP solat jemaah di masjid dan surau di negeri lain masih seperti biasa.

Dalam satu kenyataannya beliau menjelaskan, ia tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Katanya, JAKIM menghormati ketetapan yang dibuat pihak berkuasa agama negeri Selangor.

Beliau menasihati umat Islam patuh SOP ditetapkan bagi memastikan usaha menjaga dan memelihara maslahah dalam mengawal penularan wabak COVID-19 mencapai matlamat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini