Empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang mula beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini.

Ia termasuk PPV World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur; PPV Axiata Arena, Bukit Jalil; PPV Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam; dan PPV Soka Gakkai, Klang.

PPV mega itu diaktifkan semula oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mempercepatkan pemberian dos penggalak kepada orang ramai.

Ia  dibuka kepada orang ramai untuk pemberian vaksinasi dos penggalak bermula pukul 8 pagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini