Meningkatkan kapasiti pemberian suntikan dos penggalak di Terengganu.

72 pusat pemberian vaksin PPV COVID-19 dibuka di semua lapan daerah di negeri itu.

Daripada jumlah itu, 24 PPV adalah klinik kesihatan kerajaan, 39 PPV klinik swasta, Dua hospital swasta dan tujuh PPV ‘off site’.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong dalam kenyataannya berkata, Empat PPV off-site yang beroperasi ialah di Dewan Serbaguna Projek Perumahan Rakyat Hiliran, Kuala Terengganu; Dewan Sivik Bijangga, Dungun;  Dewan Gong Kemuntong, Besut dan Rimba Square di Kuala Nerus.

Bermula hari ini, tiga lagi PPV ‘off-site’ memulakan operasi di Dewan Serbaguna Tepoh, Kuala Nerus; Dewan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dan lot kedai Padang Laban, Bukit Payong di Marang.

Setakat ini, 179,300 individu atau 24.9 peratus penduduk di Terengganu telah menerima suntikan vaksin dos penggalak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini