Pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 kepada Ahli Parlimen yang belum menerimanya akan diadakan esok di klinik Parlimen. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata pemberian vaksin itu akan bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan pemberian dos penggalak kepada Ahli Parlimen pada 2 November lepas. Pemberian dos penggalak bermula di seluruh negara 13 Oktober lalu untuk individu yang mendapat dos lengkap vaksin. Ia bagi memastikan imuniti yang diterima selepas dos lengkap dapat dikekalkan bagi tempoh optimum khususnya terhadap jangkitan varian Delta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini