Dos penggalak dilihat dapat meningkatkan imuniti yang terbina daripada dos primer iaitu dos pertama dan kedua kepada paras optimum terutama kepada warga emas.
Justeru itu, menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam Dr Noraliza Noordin Merican, golongan ini disaran untuk cepat mendapatkan dos penggalak.
Beliau turut menyatakan warga emas tidak perlu menjalankan pra ujian untuk mengambil dos penggalak sekiranya dua dos pertama tidak mengalami kesan sampingan yang teruk.
Manakala bagi golongan Komorbiditi pula, boleh mendapatkan dos penggalak namun pemantauan berterusan digalakkan untuk memastikan kesihatan mereka terjaga.
Warga emas boleh memilih jenis vaksin yang mereka mahu terima antara Aztrazeneca, Sinovac dan Pfizer yang diluluskan sebagai dos penggalak setakat ini.
Sehingga kini, 3.5 peratus warga emas di Malaysia masih belum lengkap 3 dos vaksin manakala sejuta lagi belum menerima dos penggalak.