Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam menyaksikan pameran bahan-bahan sejarah di Galeri Dunia Islam Yayasan Al Bukhary di Muzium British, Bloomsbury, London. Kunjungan yang merupakan sebahagian daripada rangka lawatan tiga hari beliau ke United Kingdom itu turut mencuri tumpuan pengunjung-pengunjung lain yang hadir. Ketibaan Tun Dr Mahathir disambut Timbalan Pengarah muzium berkenaan, Jonathan Williams dan anak-anak tokoh perniagaan tanahair, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary iaitu Sharifah Sofia dan Syed Danial.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini