Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjadi calon tunggal mengetuai agensi itu, apabila penggalnya tamat pada Ogos 2022.

Menurut WHO, Tedros selaku penyandang jawatan Setiausaha Agung mendapat sokongan 28 negara antaranya Perancis, Jerman, Indonesia, Belanda dan Sepanyol.

Tedros popular kerana peranannya dalam mengetuai usaha pertubuhan menyelaras tindak balas pandemik sejak permulaa krisis Covid-19.

Bekas Menteri Kesihatan dan Luar Ethiopia itu berada di barisan hadapan dalam memerangi pandemik COVID-19 sebagai Ketua WHO selepas dipilih ke jawatan itu pada 2017.

Pada 2017, Tedros, 56 tahun menjadi warga Afrika pertama mengetuai agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Negara anggota secara rasmi akan mengundi ketua WHO seterusnya dalam undian rahsia Mei depan ketika Perhimpunan Kesihatan Sedunia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini