Kejayaan atlet memanah recurve paralimpik negara, S. Suresh pada Kejohanan Memanah Para Dunia di Hertogenbosch, Belanda, mendapat pujian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Menteri Belia dan Sukan, Syed saddiq Syed Abdul Rahman turut mengutuskan ucapan tahniah kepada atlet berusia 25 tahun ini menerusi laman twitter. Suresh meraih pingat emas pada kejohanan berkenaan. Suresh mempamerkan prestasi cemerlang selepas menumpaskan wakil Amerika Syarikat, Eric Bennett, 7-3, pada aksi final recurve individu lelaki, sekali gus meraih slot secara merit ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini