Draf Rang Undang-Undang (RUU) Tanah Kampung Baru yang dijangka dibentang di Parlimen, awal tahun depan diharap memberi jaminan perlindungan seumur hidup kepada pemilik tanah Kampung Baru.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, sebelum ini tiada undang-undang  yang boleh melindungi secara khusus melindungi Tanah Rizab Melayu seterusnya menghalang pertukaran status tanah berkenaan.

Tambahnya, draf RUU itu kini dalam semakan Pejabat Peguam Negara diharap dapat menjaga kepentingan hak milik pemilik tanah secara berterusan.

Sebarang pembangunan yang dirancang pula akan dilaksankan dalam bentuk pajakan serta dipersetujui bersama antara pemilik tanah dan pemaju.

Datuk Seri Shahidan berkata, RUU berkenaan juga boleh dijadikan panduan kepada negeri-negeri lain bagi menyelamatkan tanah daripada bertukar milik.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru 2040 (PIPKB 2040) dan Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kampung Baru (PPPSKB).

Mengenai PIPKB 2040, ia dirangka sebagai dokumen panduan untuk mentransformasi pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial secara bersepadu sekali gus memandu hala tuju Kampung Baru secara menyeluruh untuk 20 tahun akan datang.

Manakala PPPSKB pula disediakan bagi membantu dan menggalakkan pemilik membangunkan tanah secara bersendirian atau membuat usaha sama dengan pemaju, GLC dan swasta. Seterusnya menjadikan Kampung Baru sebagai penempatan kompetitif yang memberi keutamaan kepada orang Melayu di tengah bandaraya Kuala Lumpur

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini