Kisah hidup penyanyi Siti Nordiana bakal dipaparkan dalam drama 13 episod berjudul ‘Aku Seorang Perempuan’.

Drama arahan Hashim Rejab, menampilkan Atikah Suhaime yang melakonkan watak Nana dengan nama Siti Noraisya, selain Fezrul Khan, Adriana Adnan, dan Hafidz Roshdi.

Lagu tema drama itu, hasil ciptaan komposer terkenal, Ajai, akan dinyanyikan sendiri oleh Nana.

Dijangka bersiaran pada Mac 2021, drama Aku Seorang Perempuan’, hasil Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dengan kerjasama Finas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini