Selepas dibuka untuk tempoh percubaan sejak 2 jun lalu sempena Aidilfitri, orang ramai tidak melepaskan peluang merakam detik indah berlatarbelakangkan jambatan angkat atau drawbridge. Tinjauan mendapati mercu tanda baharu Terengganu itu menjadi lokasi pilihan orang ramai bersama ahli keluarga dan rakan untuk merakam kenangan pada musim perayaan ini. Pembinaan jambatan ikonik ini adalah sebahagian dprojek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) melibatkan kos 248 Juta Ringgit dan menjadi mercu tanda baharu pertama seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara. Jambatan sepanjang 638 meter dengan ketinggian 12.5 meter dari aras laut itu menghubungkan muara selatan di pusat bandar Kuala Terengganu dengan muara utara di Seberang Takir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini