Dua ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan sebagai Senator di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim, hari ini.

Mereka ialah Ahli Majlis Pimpinan Bersatu Malaysia, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Hj Abdul Ghaffar.

Kedua-dua mereka merupakan lantikan baharu yang dipilih oleh DUN Perak berkuat kuasa mulai 20 Disember 2021 hingga 19 Disember 2024. Pelantikan dua senator itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 45(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang dipilih mewakili negeri-negeri seperti mana Jadual Ketujuh, Perlembagaan Persekutuan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini