Lima individu termasuk dua anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah atas kesalahan menyeludup 119 migran warga Myanmar bulan lalu.

Kedua-dua penjawat awam itu didakwa di bawah Seksyen 26B (D) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Tiga lagi tertuduh didakwa berasingan di bawah Seksyen 26A akta yang sama. Tiada jaminan ditawarkan dan tarikh sebutan semula kes pada 4 Julai depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini