Dua anggota polis antara empat individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang tahanan di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, Perak.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan telah pun melakukan siasatan terhadap kejadian itu pada hari Orang Kena Tuduh (OKT) berkenaan meninggal dunia.

Datuk Azri berkata, hasil siasatan turut membawa kepada penahanan dua OKT lain.

Kesemua mereka kini direman di Mahkamah Majistret Taiping selama tujuh hari hingga 20 Januari depan bagi membantu siasatan.

Kelmarin,  polis mengesahkan seorang OKT lelaki warga tempatan mati mengejut dalam tahanan di sebuah lokap di IPD Taiping.

OKT berusia 63 tahun itu merupakan tahanan tumpang dari Penjara Taiping.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini