Dua beradik maut apabila kenderaan yang dinaiki bersama tiga ahli keluarga, terbabas di Kilometer 44.1 Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak kira-kira pukul 3.20 pagi tadi. Wafa Safia Mohd Hairy, 17 tahun dan adiknya Adam Haiqal Mohd Hairy, 12 tahun meninggal dunia ditempat kejadian, manakala Fahmi Eyman Mohd Hairy 10 tahun cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, keluarga terbabit yang menetap di Shah Alam Selangor menaiki MPV Toyota Estima dipandu oleh bapa mereka, Mohd Hairy Ahmad 44 tahun, dalam perjalanan ke Kelantan.

Apabila sampai di tempat kejadian, Mohd Hairy dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapan, namun gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan terbalik.

Mohd Hairy mengalami kecederaan retak tulang belakang, manakala isterinya, Zuraini retak tangan kanan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini