Dua beradik warga tempatan terlibat sindiket dadah ditahan dalam dua serbuan berasingan. Dadah jenis heroin dan syabu berjumlah RM392,000 dirampas. Datuk Ramli berkata, serbuan pertama dilakukan di tol Kuantan terhadap sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan.

Hasil soal siasat, membawa serbuan ke sebuah rumah di Kotasas Presint 3, Kuantan dan menemui satu beg dadah jenis heroin, syabu, pil Yaba dan Erimin 5.

Menerusi serbuan berasingan suspek kedua ditahan di sebuah rumah di Felda Panching Utara. Sejumlah wang tunai RM80,000, dipercayai hasil  pengedaran dadah, ditemui. Sitaan keseluruhan mencecah RM1 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini