Dua daripada tujuh suspek yang dalam buruan polis setelah melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Papar, semalam, berjaya ditahan, hari ini. Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew AK Umpit mengesahkan dua lagi tangkapan berkenaan dan kini masih memburu lima lagi suspek dalam siri melarikan diri daripada DTI Papar, awal pagi semalam. 

Menurutnya, sehingga hari ini sembilan tahanan telah dikesan dan ditangkap semula.
Lima lagi suspek yang sedang diburu iaitu Nadzwin Usman, 24, Herman Bilau, 35, Husin Japar, 43, Pertama Lapanji, 40, dan Tuliang Maddalani, 35.

Dua suspek dikesan melarikan diri dengan berenang ke laut, iaitu Pertama dan Tuliang dan usaha memburu kedua-dua suspek ini sedang giat dilakukan. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar di talian 088-912222 dan talian hotline 088-916064.

Semalam, seramai 14 tahanan DTI warga Filipina berusia lingkungan 23 – 42 tahun telah melarikan diri pada pukul 3.30 pagi dengan mengumpil bumbung tandas pusat tahanan berkenaan dan memotong pagar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini