Dua individu termasuk seorang wanita warga Vietnam diberkas di Johor Bahru dipercayai terlibat aktiviti pengedaran dadah.

Pelbagai jenis dadah seberat 858.7 gram bernilai RM63,785 dirampas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, Superintenden R. Azizan Ibrahim menegaskan, suspek menjadikan rumah yang disewa di kawasan berpagar dan berpengawal, sebagai pusat penyimpanan dadah, sejak pertengahan tahun lalu.

Kedua-dua suspek positif methamphetamine dan amphetamine, manakala semakan rekod mendapati salah seorang suspek mempunyai kes dadah. Suspek direman sehingga 19 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini