Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Manjung menahan dua lelaki disyaki terlibat aktiviti penyelewengan diesel di Pantai Remis.

23,200 liter diesel, sebuah lori tangki termasuk tiga tangki, dua nozel dan pam minyak diesel dengan nilai keseluruhan RM202,000 turut disita.

Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, penahanan dibuat susulan aduan dan risikan terhadap aktiviti pembelian barang kawalan diesel bersubsidi menggunakan lori tangki sama secara berulang.

Menerusi siasatan, sebuah lori tangki dipandu lelaki berusia 20 tahun dikesan berulang kali mengunjungi stesen minyak sama untuk membeli diesel.

Lori terbabit didapati membuat pengisian sebanyak tiga kali dalam tempoh satu hingga dua jam di premis sama.

Pemilik premis berusia 53 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

Semakan mendapati, kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau dengan KPDNHEP.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini