Kementerian Pertahanan akan mengumumkan dua insentif bantuan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan kebajikan terus dibela.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, terdapat juga bantuan lain yang akan diumumkan setelah perbincangan bersama kementerian lain dan peruntukan selesai. Tambahnya, veteran ATM diberikan keutamaan dalam pelbagai agenda termasuk pendidikan, kesihatan dan perumahan.

Datuk Seri Hishammuddin berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Acara Perbarisan Veteran sempena Sambutan 100 Tahun Persatuan Veteran ATM di Dataran Pahlawan, Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini