Dengan dua lafaz, penyanyi, Haqiem Rusli sah menjadi suami kepada gadis pilihannya iaitu Anis Sofea, 19, di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, di sini pada pukul 3.40 petang tadi.

Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zamzuri Ruslan, bersaksikan keluarga dan kenalan rapat mereka.

Pasangan tersebut memilih untuk mengadakan majlis resepsi secara tertutup bertemakan Wedding in the Sky atau Raikan Cinta di Langit Asmara bertempat di SkyGlass Cyberjaya.

Turut meraikan detik bersejarah pasangan ini, HABIB Jewels, jenama barang kemas tempatan menyerikan pasangan dengan aksesori berlian dan barangan kemas bernilai RM5 juta bagi kedua-dua majlis.

Haqiem memberikan cincin berlian Hearts of Fire yang merupakan berlian terbaik dunia menjadi pilihan kedua mempelai dan nilai keseluruhan majlis perkahwinan dianggarkan lebih RM7 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini