Hujan lebat lebih dua jam dan pertembungan air pasang di daerah Kota Tinggi, Johor petang semalam, menyebabkan banjir kilat di Kampung Baru Sungai Mas dan Kampung Muhibbah. 

Dua PPS dibuka bagi menempatkan 48 penduduk terjejas.

EXCO Johor, R.Vidyananthan berkata di PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas, 34 penduduk terjejas daripada lapan keluarga berlindung di sana. 

Manakala PPS Balai Raya Kampung Muhibbah menempatkan lima penduduk daripada satu keluarga. 

Pemantauan pagi tadi menyaksikan paras air di kedua-dua kampung berkenaan dilihat telah surut sepenuhnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini