Dua kes jangkitan COVID-19 dikenal pasti dalam kalangan penduduk terjejas banjir di Terengganu dengan jumlah kumulatif sebanyak 25 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes COVID-19 yang dilaporkan telah dikenal pasti dan diasingkan daripada penduduk terjejas banjir yang lain di pusat pemindahan sementara (PPS) khas.

Setakat ini, tiada kluster dalam kalangan penduduk terjejas banjir dilaporkan.

Dalam masa sama, terdapat tujuh kes jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) dan satu kes penyakit kulit dilaporkan.

Bagaimanapum, tiada kes konjunktivitis, typhoid, kolera, leptospirosis dan denggi dilaporkan dalam kalangan penduduk terjejas banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini