Dua kes jangkitan Japanese Encephalitis (JE) dikesan di Kota Setar, Kedah dengan kedua-dua kes melibatkan kematian.

Justeru, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo memaklumkan, wabak JE diisytihar di daerah terbabit oleh Jabatan Kesihatan Kedah pada Khamis lalu. Kes pertama disahkan pada 18 November lalu dan kes kedua pada 25 November.
 
Jumlah kumulatif kes JE yang dilaporkan di Kedah setakat Khamis lepas ialah 10 kes, melibatkan tiga kematian daripada lapan kes pada tempoh sama tahun
lalu.
 
Ia melibatkan peningkatan sebanyak 25 peratus. Aktiviti kawalan wabak telah dilaksanakan serta-merta, selain kajian entomologi oleh Pegawai Sains Kaji Serangga di lokaliti wabak, dan pengesanan kes secara aktif ACD di sekitar kawasan terlibat.
 
Orang ramai dinasihat membersihkan persekitaran dan mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala seperti demam, sakit kepala dan muntah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini