Dua kes varian Omicron dikesan di Johor semalam, melibatkan pasangan suami isteri pulang menunaikan umrah.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor,  R.Vidyanathan berkata, pasangan itu menunaikan umrah pada empat Disember, dan pulang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, 16 Disember lalu. 

Hasil ujian PCR di pintu masuk antarabangsamengesan kedua-duanya  positif  dan  keputusan jujukan genom mengesahkan mereka positif varian Omicron.
 
Mereka sedang menjalani isolasi di Johor Bahru.
 
Manakala semua kontak rapat terlibat, diberikan arahan pengasingan dan
pemerhatian di rumah.  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini