Dua individu dilaporkan hilang selepas dua kapal kargo, masing-masing dari Britain dan Denmark bertembung di perairan selatan Sweden awal pagi semalam.

Ketua Hal Ehwal Media Pentadbiran Maritim Sweden, Carl-Johan Linde memaklumkan, insiden tersebut berlaku di Laut Baltik antara bandar Ystad, Sweden dan Pulau Bornholm, Denmark.

Ujarnya kedua-dua individu dipercayai terjatuh ke dalam laut akibat pelanggaran berkenaan.

Laporan memberitahu kedua-dua mereka tidak dapat dikesan selepas kejadian.

Sembilan kapal dan sebuah helikopter dikerah untuk menjalankan pencarian dua anak kapal berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini