Enam episod hujan lebat dijangka berlaku sepanjang monsun timur laut yang telah bermula 3 November tahun lalu.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan setakat ini, empat episod hujan lebat telah terjadi.

Berdasarkan Ramalan Cuaca Signifikan kawasan penumpuan dijangka berlaku di Sarawak mulai Ahad ini.

Keadaan boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan dan banjir di tengah dan
barat negeri itu.

Pusat Kawalan Operasi Bencana Sarawak dan Sabah telah diarah bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Arahan turut merangkumi pengaktifan Pos Kawalan Tempat Kejadian.

Jabatan Kebajikan Masyarakat  turut diminta  memastikan ketersediaan stok bekalanpengkalan hadapan.

Selain Sabah dan Sarawak, ribut petir masih boleh berlaku di seluruh negara pada pagi dan petang sehingga malam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini