Dua lagi kes positif COVID-19 varian Omicron dikesan di Singapura. Ia membabitkan satu kes tempatan pekerja barisan hadapan di lapangan terbang dan satu kes import. Kedua-dua kes tersebut sudah lengkap divaksin dan menerima suntikan penggalak.

Kes pertama ialah seorang wanita warga Singapura berusia 24 tahun yang juga kakitangan perkhidmatan penumpang di Terminal 1 dan 3 Lapangan Terbang Changi. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu, satu kes bergejala manakala satu lagi mempunyai simptom tidak ketara

Kedua-dua kes itu semakin pulih dan ditempatkan di wad pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan.

MOH kini menjalankan pengesanan kontak yang agresif untuk mengekang kes tersebut. Petugas itu menjalani ujian COVID-19 pada 8 Disember secara mingguan untuk pekerja barisan hadapan.

Kes kedua  ialah seorang wanita pemastautin tetap Singapura berusia 46 tahun yang pulang ke Singapura melalui Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) dari Jerman dengan menaiki Singapore Airlines pada 6 Disember. Pada 6 November lalu, Singapura mengesahkan varian Omicron yang dikesan dalam dua kes pertama COVID-19 import, yang pada mulanya disyaki sebagai pembawa varian itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini