Dua lagi pelancong Uruguay disahkan maut  dalam kejadian tanah runtuh di selatan Argentina.

Ini menjadikan jumlah yang terkorban dalam bencana alam itu berjumlah tiga orang.

Menurut Pejabat Pendakwa raya wilayah Rio Negro dua mayat berkenaan ditemui semalam.

Mayat mangsa pertama pula ditemui pada Isnin beberapa jam selepas berlakunya tanah runtuh berkenaan.

Jumlah mangsa cedera pula kekal tiga orang.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca insiden.

Kejadian di Hotel Bustillo di bandar San Carlos de Bariloche berlaku Isnin lalu.

Insiden mengakibatkan bertan-tan runtuhan tanah dan lumpur memenuhi hotel terbabit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini