Kira-kira 26 orang awam cedera selepas kumpulan pemberontak Yemen melancarkan misil menyasarkan lapangan terbang di Barat Daya Arab Saudi. Jurucakap Gabungan Untuk Kembalikan Legitimasi di Yemen,Kolnel turki Almaki berkata peluru berpandu itu dilancarkan pemberontak Houhti mengenai balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di Wilayah Asir. Serangan tersebut turut menyebabkan kemusnahan dibilik istirehat lapangan terbang terbabit. Dalam satu kenyataan Puak Houthi mengesahkan serangan tersebut didalangi mereka bertujuan mempertahankan diri daripada sekatan udara dan laut yang berterusan selama 5 tahun di Sanaa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini