Polis sedang mengesan dua lelaki dewasa berkelakuan tidak senonoh di tempat awam apabila membuang air kecil di bawah pokok berhampiran Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Johor Sabtu lalu.

Insiden tersebut yang tular di media sosial mengundang rasa tidak puas hati masyarakat. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Rahmat Ariffin memaklumkan, kesalahan dilakukan ketika lalu lintas sesak di laluan masuk kenderaan ringan dari arah Singapura ke Malaysia.

Kesesakan bertambah buruk sekiranya pemandu bertindak meninggalkan kenderaan untuk ke tandas berdekatan, yang berada satu kilometer dari lokasi. Tegas beliau, pemantauan akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini