Pihak polis sedang menyiasat dua video membabitkan dua lelaki dipukul tiga individu termasuk seorang wanita dipercayai berpunca daripada hutang dadah.Video yang tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu itu dipercayai berlaku di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat.Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, pihaknya menerima rakaman video berkenaan daripada orang ramai kelmarin.Pihak polis membuka siasatan kes itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini