Polis Laos menahan dua lelaki dengan rampasan dadah disifatkan terbesar di Asia membabitkan 55.6 juta pil methamphetamine dalam satu serbuan di Wilayah Bokeo pada Khamis.

Dadah berkenaan ditemui di sebuah rumah, ketika suspek cuba menyeludup 10 juta pil dadah itu ke Vientiane menggunakan sebuah kenderaan.

Dalam serbuan rumah berkenaan, polis turut menjumpai 65 beg mengandungi pil methamphetamine dengan berat 1,537 kilogram.

Bokeo terletak di luar segi tiga emas Laos dan menjadi lokasi transit untuk pemerdagangan dadah.

Polis wilayah itu kini sedang bekerjasama dengan rakan sejawat mereka di China, Thailand dan Myanmar serta wilayah lain di Laos untuk menghapuskan kegiatan haram di kawasan itu.

Laos dikenali sebagai tempat transit dadah dari Myanmar, pengeluar utama methamphetamine yang seterusnya di seludup ke Thailand dan Vietnam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini